Saturday, August 15, 2009

Antara gula dan topeng penutup mulut

Oleh YULPISMAN ASLI

DUA barangan ketika ini yang dikatakan menjadi tumpuan orang ramai termasuk di Pahang ialah gula dan topeng penutup mulut dan hidung. Laporan mengenai kekurangan gula yang turut menular ke Pahang, menyebabkan ada daerah dilaporkan mengalami kekurangan bekalan.
Puncanya mudah, orang ramai atau lebih tepat lagi pengguna, mudah terpengaruh dengan berita yang diterima sehingga bertindak membuat pembelian panik. Kesannya, bekalan gula berkurangan di pasaran.

Mujur gula dijadikan barangan kawalan oleh kerajaan menyebabkan peniaga tidak dapat menaikkan harga.
Jika tidak, dalam keadaan begini, lebih-lebih lagi menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti harga gula akan melambung disebabkan permintaan yang luar biasa.

Tindakan pantas dan tegas Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam menangani masalah tersebut, menyebabkan orang ramai kini boleh menarik nafas lega.

Mengenai topeng penutup hidung dan mulut pula, alat itu semakin mendapat pasaran dek kebimbangan orang ramai yang semakin memuncak mengenai jangkitan virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang setakat Khamis lalu, telah meragut 51 kematian, termasuk di Pahang.

Bermula daripada laporan keadaan terkawal dan hanya melibatkan jangkitan di kalangan pengembara, kini wabak tersebut semakin 'mengganas' apabila ia membabitkan jangkitan tempatan menyebabkan banyak institusi pendidikan ditutup.

Permintaan yang tinggi, menyaksikan alat itu semakin laris di pasaran, ibarat 'pisang goreng panas.'

Buktinya, usaha penulis untuk membeli alat itu di beberapa kedai serbaneka dan farmasi sekitar Kuantan, beberapa hari lalu gagal.

Alasannya, topeng penutup mulut dan hidung habis disebabkan permintaan tinggi.

Kebimbangan orang ramai mengenai penyakit itu yang tiba-tiba 'membara', punca kepada kehabisan topeng penutup hidung itu di pasaran.

Sekiranya wabak itu terus menular, permintaan sudah pasti semakin meningkat.

Kebimbangan itu ditambah lagi dengan keadaan kualiti udara yang tercemar angkara pembakaran hutan di negara jiran.

Kesannya, orang ramai mula 'berebut- rebut' untuk mendapatkan topeng tersebut yang sebelum ini mungkin dipandang sebelah mata dan jika pun ada, hanya disimpan di dalam laci.

Kini, tersebar pula berita dari mulut ke mulut mengenai jumlah korban akibat wabak itu yang semakin meningkat di Kuantan.

Berita itu tersebar dengan cepat, sekali gus meningkatkan lagi kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak berkenaan di Pahang, khususnya di Kuantan.

Namun persoalannya, sejauh manakah kesedaran orang ramai mengenai kaedah pemakaian topeng penutup mulut dan hidung itu?

Adakah ia perlu diganti setiap hari atau memadai hanya memakai seunit secara berulang kali?

Bagaimana pula dengan kaedah pembuangan topeng yang telah digunakan dan sudah tentunya mengandungi pelbagai jenis virus atau bakteria?
Baca Seterusnya......

Friday, June 12, 2009

Mengapa Wanita cantik bila pakai TUDUNG??

KENAPA POMPUAN CANTIK BILE PAKAI TUDUNG..?
1.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier nak tutup aurat...
2.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier jage maruah
3.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier cantik
4.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier
5.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier anak solehah
6.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier dengar ckp mak bapak dier
7.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dier hormati orang lain
8.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik
9.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt
10.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab tak nak menyusahkan orang lain
11.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dapat pahala
12.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dapat menghindari maksiat
13.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain
14.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab supaya lelaki yg berIman je yg suker dier
15.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab mendengar suruhan nabi...
16.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya...jadi jangan sewenangx2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika anda menunjuk maknanya anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilhat oleh sumua lelaki (kecuali keluarga)
17.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki
18.kenape pompuan cantik bile pakai tudung...sebab dia x nak rambut die ditarik, digantung dgn bara2 api n dibakar dgn dasyatnye kat akhirat kelak. Baca Seterusnya......

Saturday, June 28, 2008

Petua Wajah yang Ceria

Wajah adalah satu kawasan badan manusia yang paling diambil berat lebih-lebih lagi oleh wanita. Tidak dinafikan muka merupakan identiti seseorang dan tidak hairanlah semua orang mahu kelihatan terbaik. Walaupun begitu adakalanya muka kita mempunyai beberapa bintik-bintik hitam yang kurang menarik.Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam;
Parut sebiji timun hingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila sebati, sapukan ke seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap pagi sehingga kulit nampak bersih dan lembut.
Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang mempunyai bintik hitam. Apabila telah kering, tanggalkan tisu tersebut. Cuci muka dengan air dan pencuci muka. Lakukannya dua kali seminggu.
Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
Belah limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan pada bahagian berbintik hitam dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air. Amalkan petua ini tiga kali sehari.
Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Apabila sudah kering basuhlah muka dengan air suam.
Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji telur. Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lakukannya sebelum tidur. Baca Seterusnya......

Barah Ginjal

Secara umum lelaki lebih kerap berhadapan dengan penyakit barah ginjal berbanding wanita. Mengikut anggaran umum, jumlah lelaki yang berhadapan dengan penyakit ini adalah dua kali ganda daripada wanita.Malah, risiko barah ginjal semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Lebih 90 peratus daripada kes membabitkan mereka yang didiagnos dengan barah ginjal adalah pesakit yang berusia 45 tahun ke atas.Pakar Onkologi Klinikal dan Presiden Persatuan Onkologi Malaysia, Dr Gucharan Singh Khera, berkata umumnya pada waktu didiagnos, barah berkenaan sudah mengalami metastatis (merebak ke bahagian tubuh yang lain) di kalangan satu pertiga pesakit.Dr Gucharan berkata, sehingga kini 208,000 orang di seluruh dunia didapati menghidap barah buah pinggang setiap tahun manakala 102,000 individu meninggal dunia akibat penyakit itu setahun. Pada tahun lalu, 51,000 kes barah ginjal didiagnos di Amerika Syarikat dengan membabitkan 13,000 kematian.Katanya, walaupun wujud kemajuan dalam usaha memahami mekanisme pertumbuhan pelbagai jenis barah, barah ginjal masih menjadi penyakit yang belum difahami sepenuhnya. “Apabila barah ginjal berada pada tahap lanjut, ia sangat sukar dikawal. Pada umumnya barah ginjal adalah penyakit yang tidak bertindak balas dengan kemoterapi atau terapi hormon,” katanya.Menurut laporan kedua Daftar Kanser Kebangsaan mengenai kes barah di Malaysia pada 2003, ada 305 kes barah ginjal disahkan secara diagnosis di Semenanjung.Faktor risiko
Pesakit yang menjalani dialisis ginjal dan mereka yang mempunyai sejarah barah ginjal dalam keluarga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk diserang penyakit ini.
Merokok adalah faktor risiko utama barah ginjal. Perokok memiliki kebarangkalian dua kali ganda lebih tinggi berhadapan barah ginjal berbanding mereka yang tidak merokok.
Obesiti dan penggunaan ubat penahan atau pelega kesakitan dalam jangka panjang juga boleh mengundang masalah ini.Simptom
Darah dalam air kencing
Sakit belakang
Sakit pada sisi badan yang tidak hilang
Sakit atau pembesaran pada abdomen
Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya
Hilang selera makan
Badan letih dan lesuRawatanRawatan barah ginjal bergantung pada tahap seriusnya penyakit itu dan keadaan kesihatan pesakit secara menyeluruh.Terapi utama bagi barah ginjal adalah pembedahan. Bagaimanapun, ia hanya berkesan jika semua barah dapat dibuang. Rawatan radiasi juga boleh dibuat apabila barah sudah merebak ke luar ginjal.Selain itu, pesakit boleh menggunakan rawatan kemoterapi tetapi rawatan ini hanya boleh dilakukan pada sesetengah pesakit saja.Ada kaedah terapi baru yang digunakan kepada pesakit barah ginjal yang bertindak ke atas bahagian khusus sel barah. Rawatan ini menunjukkan keberkesanannya dalam rawatan pesakit barah ginjal lanjutan. Ini termasuk ubat menghalang pertumbuhan sel darah baru dan ubat yang mensasarkan faktor pertumbuhan sel penting yang lain.Bayer Schering Pharma baru-baru ini, memperkenalkan sejenis pil oral yang diambil dua kali sehari. Pil ini dikenali sebagai Nexavar yang bertindak merencatkan pembentukan salur darah baru yang membekalkan darah dan nutrisi kepada tumor. Baca Seterusnya......